Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
Air - kedua, Keenam, kesepuluh
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
- Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
- Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
- Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
- Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
- Mudah disukai ramai.
- Tidak suka membantah, malah cukup mendengar kata.








0 comments:
Post a Comment